BANGKOK, Thailand, Sept. 28, 2018 — Avis Budget Group Asia telah terpilih sebagai Syarikat Kereta Sewa Terbaik pada Anugerah Pelancongan TTG Tahunan ke-29 2018, yang diundi oleh pembaca penerbitan bercetak dan dalam talian TTG Travel Trade Publishing.Penerbitan tersebut termasuklah: TTG Asia, TTG China, TTG India, TTG mice, TTG-BT mice China, TTGassociations dan TTG Asia Luxury. Pembaca penerbitan ini, termasuk pengendali pelancongan, perunding pelancongan dan kakitangan syarikat pengurus destinasi, telah mengundi untuk pembekal pelancongan kegemaran mereka bagi menentukan pemenangnya.Dalam kriteria yang ditentukan, Avis Budget Group Asia mendapat tempat teratas untuk produk, perkhidmatan dan kelengkapan terbaik, paling konsisten dan boleh dipercayai serta memberikan tawaran paling inovatif. Tambahan lagi, Avis Budget Group Asia dianggap mempunyai program jangkauan agensi terbaik, termasuk promosi dagangan, pemasaran, latihan dan pembinaan hubungan.Angeline Tang, Pengarah Rantau Pelancongan & Perkongsian di Avis Budget Group, Asia berkata: “Kami berbesar hati kerana telah memenangi Pengiktirafan Kecemerlangan Anugerah TTG Asia dalam industri pelancongan. Avis dan Budget ialah jenama kereta sewa terkenal dengan rangkaian di seluruh dunia yang dipercayai industri. Kami berbangga dengan pengalaman pengguna, perkhidmatan dan produk kami yang baik dan komited terhadap hubungan kami dengan para profesional serta rakan kongsi dalam industri pelancongan.“Kami sentiasa memeriksa pengalaman pelanggan secara keseluruhan untuk menentukan bagaimana kami boleh menjadikannya lebih telus, mudah, sesuai, ringkas dan lancar. Daripada app mudah alih dan kereta terhubung hingga tawaran dan proses baru, matlamat global kami adalah menjadikan kereta sewa aspek penting dalam industri perkhidmatan mobiliti mengikut permintaan hari ini.”Baru-baru ini, Avis Budget Group Asia telah melancarkan Beep, platform latihan dan tempahan untuk para profesional industri pelancongan. Beep bertujuan untuk menjadikan proses tempahan lebih mudah, lebih efisien dan berbaloi untuk rakan kongsi Avis Budget Group dengan nilai tambah semua tempahan yang dibuat melalui platform itu boleh menjana komisen.Perihal Avis Budget Group
Avis Budget Group, Inc. Ialah pembekal mobiliti menerusi jenama Avis dan Budget, yang mempunyai lebih daripada 11,000 lokasi sewaan di kira-kira 180 buah negara di seluruh dunia manakala melalui Zipcar, rangkaian peminjaman kereta terutama di dunia, ia mempunyai lebih daripada satu juta ahli. Avis Budget Group mengendalikan kebanyakan pejabat kereta sewa di Amerika Utara, Eropah dan Australasia secara langsung, dan beroperasi menerusi pemegang lesen di tempat lain. Avis Budget Group mempunyai kira-kira 31,000 pekerja dan beribu pejabat di Parsippany, New Jersey. Maklumat lanjut boleh didapati di www.avisbudgetgroup.com.
Perihal Anugerah Pelancongan TTG
Anugerah Pelancongan TTG telah mengiktiraf yang terbaik dalam industri pelancongan Asia Pasifik sejak 1989. Acara tahunan berprestij ini mengiktiraf organisasi dan individu cemerlang dalam 4 kategori: Pembekal Pelancongan, Agensi Pelancongan, Pencapaian Cemerlang dan Kumpulan Pelancongan Terkenal. Acara TTG Travel Trade Publishing ini dianjurkan oleh TTG Asia, dengan sokongan TTG China, TTG India, TTGmice, TTG-BTmice China, TTGassociations dan TTG Asia Luxury.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Laura Watts, Avis Budget Group
E-mel: [email protected]
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9c0048f2-2c9f-45e3-8ca0-c562100dc19b

Powered by WPeMatico